"Moga keluarga Cikwi jadi keluarga yang menyinar gemilang Al-Qur'an didalamnya." MasyaAllah! sangat2 terharu saat guru mendoakan demikian. Allahumma ameen!
Bukan satu perkara mudah mendidik anak2 untuk lahirkan cinta akan Al-Qur'an. Aku sendiri harus jadi contoh yang terbaik buat mereka. Berpegang pada prinsip jadikan hari ini lebih baik dari semalam, saban hari aku cuba usahakan agar selalu ada peningkatan dalam diri. To lead and show by example. Seringkali juga dalam usaha itu aku tewas. Seringkali aku tidak dapat menahan emosi. Seringkali juga aku rasakan aku gagal jadi ibu yang mithali. Tapi apa yang aku tahu, aku sentiasa lakukan dan berikan yang terbaik untuk anak2 dan aku berbangga dengan pencapaian mereka setakat ini. Segalanya dengan izin Allah jua.
Mereka sering melihat aku ketawa bahagia seolah tiada duka. Hanya Allah tempat aku mengadu kerana hanya Dia yang Maha Mengetahui. Aku bertahan kerana amanah yang Allah beri dan akan bertahan selagi hayatku masih ada. "I know I'm waiting. Yearning for something. Something known only to me." Something that is also known to you, my 3 precious angels, now that you are at an age where you begin to understand what I've been thru'. May Allah ease all of our affairs ameen.
now, that makes me miss bapak :'( rindu sangat nak bual2 bincang2 ngan bapak :'(
No comments:
Post a Comment